Freitag, Oktober 12, 2007
Dynn ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali Dynn.Kepada rakan-rakan yang rapat ataupun tidak, teman kerja, dan kakak-kakak dan abang-abang Dynn, Dynn dengan seikhlas hati, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada semua sekiranya, tersalah cakap, terkasar bahasa dan atas segala-galanya yang tidak baik yang Dynn melakukannya dalam sedar ataupun tak sedar. Dynn harap semua dapat memaafkan Dynn. Dynn juga harap semua halalkan makan minum Dynn dan sekiranya ada hutang2 yang tidak terbayar yang Dynn dengan tidak sengajanya lupa. Kalau ada yang masih ingat dan ingin claim, Silakan claim k... hehehe.. Dalam bulan yang penuh barakah ini, Dynn doakan untuk semua, dengan seikhlas hati, semoga semua dibuka pintu rezeki yang halal, selalu dalam keadaan yang sihat disamping keluarga yang tercinta, dirahmati Allah SWT, senantiasa dilindungi Allah SWT, di dunia dan juga di akhirat... Insyaallah.. AMIN...
SEMOGA SEMUA DAPAT BREGEMBIRA DI SAMPING KELUARGA DALAM MENYAMBUT SYAWAL YANG MENJELANG INI...