Samstag, August 23, 2008
PERSEMBAHAN TIGA SENI MELAYUBerita Harian
23 Aug 2008

TIGA kesenian Melayu - kompang, gamelan dan kuda kepang - dipersembah sempena sambutan ulang tahun ke-60 kumpulan Kesenian Tedja Timur (Ngawur) baru-baru ini.
Berlangsung di Dewan Singgahsana, Kampung Melayu Geylang Serai, Sabtu lalu, acara dimulakan dengan persembahan gamelan oleh kumpulan Singa Nglara dari Universiti Nasional Singapura (NUS).
Ini diikuti dengan persembahan kompang oleh Dermaga Seni Pusaka dan persembahan kuda kepang serta wayang kulit oleh Ngawur.
Kesenian Tedja Timur ditubuhkan pada 1948 di Indonesia dan kemudian berkembang ke Singapura. Sejak 1992, kumpulan itu mengadakan persembahan di Kampung Melayu Geylang Serai setiap Sabtu.
Pengarah Artistik yang juga penyelaras Ngawur, Encik Iswandi Arjo, 25 tahun, berkata kumpulannya berlatih setiap malam Sabtu bagi acara tersebut.
'Dengan kehadiran Ramadan tidak lama lagi, kami akan berhenti membuat persembahan di Kampung Melayu selama dua bulan.
'Sabtu lalu adalah persembahan terakhir kami sebelum berehat. Secara kebetulan ia sempena usia Ngawur ke-60 tahun dan kami buat secara besar-besaran.
'Ini adalah kali pertama kami bergabung dengan dua kumpulan lain, yang turut memberi persembahan menarik,' katanya.
Semasa persembahan malam itu, orang ramai berpeluang menikmati wayang kulit, yang jarang dipersembah di sini.
Sebanyak tiga cerita dipersembah - Ramayana, Goro-Goro dan Mahabratha.
Yang menarik, persembahan wayang kulit itu diiringi lakonan. Ia bertujuan membolehkan penonton memahami jalan cerita yang dipesembah.
Pak Dalang persembahan itu ialah Drs Welas Subagyo.
Seorang peminat seni tari Jawa, Encik Ahmad Zaki Ahmad, 30 tahun, berkata beliau teruja dengan persembahan itu.
http://ktt1948.multiply.com/**I'm realli proud of u guyz Tedja!! but im realli sorrie tat i cnt attend...